Wednesday, November 4, 2020

Hiburan Melampau Punca Kejatuhan Akhlak Remaja


DEFINISI HIBURAN

 

 Hiburan adalah peristiwa, persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer, "penonton" mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya menonton opera, atau secara aktif seperti dalam permainan komputer. Industri yang membekalkan hiburan digelarkan industri hiburan.  Pada umunya, bermain dan membaca, serta penghargaan seni, tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya memerlukan pembekal persembahan yang dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan komputer.

Pada dasarnya, Islam mengharuskan hiburan kerana hiburan menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia. Hal ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud:

 





Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada perbuatan dosa.

 

 

DEFINISI AKHLAK

 

"Akhlak" berasal dari bahasa arab yaitu ” Al-Khulk ” yang bererti perangai, tingkah laku, kebiasaan, kelakuan. Menurut istilahnya, akhlak ialah sifat yang tertanam di dalam diri seorang manusia yang bisa mengeluarkan sesuatu dengan senang dan mudah tanpa adanya suatu pemikiran dan paksaan.

 

PENDAHULUAN

    Remaja sering dikaitkan dengan masalah walaupun daripada sifat semula jadi, remaja adalah zaman yang penuh bertenaga dan mempunyai potensi diri yang cemerlang. Masalah sosial dan jenayah yang membabitkan remaja hari ini benar-benar membimbangkan. Ketidakupayaan dan kegagalan mengatasi halangan ini menimbulkan pelbagai masalah. Walaupun terdapat banyak isu yang berlaku, namun bahagian ini hanya membincangkan beberapa isu terpilih yang kerap berlaku di kalangan remaja. 

 

    Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya menjerumuskan kepada perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin remaja boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah, rogol, samun, senjata api dan lain-lain manakala yang kedua ialah salah laku yang melibatkan kesalahan ringan seperti ponteng termasuk salah laku seperti ponteng sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas. Kategori tidak patuh arahan pula mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada pelajaran, tidak membuat kerja rumah, tidak membawa buku, tidur di dalam kelas dan tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar manakala kategori gangguan pengajaran adalah seperti membuat bising, merosakkan alat bantu mengajar, mengganggu kawan semasa guru mengajar dan mempertikaikan ajaran guru. Tidak sopan pula merupakan salah laku seperti berpakaian tidak kemas dan bercakap kasar dengan guru. 

 

PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

 

 

  Keruntuhan akhlak di kalangan remaja merupakan salah satu masalah sosial di Malaysia. Keruntuhan akhlak bermaksud pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun . Negara. Alam remaja dikatakan sebagai saat yang rapuh kerana pada peringkat ini mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh serta tekanan luar yang kebanyakannya terjerumus kepada perkara negatif. Apabila terpedaya dengan pengaruh negatif yang mengkhayalkan, akhlak remaja mudah rosak sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti salah laku dan juvenil. Keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin remaja boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu salah laku dan jenayah yang dilakukan oleh pelajar seperti membunuh, mencuri, menyalahgunakan dadah, rogol, samun, senjata api dan lain-lain manakala yang kedua ialah salah laku yang melibatkan kesalahan ringan seperti ponteng termasuk salah laku seperti ponteng sekolah, ponteng kelas dan kerap keluar kelas. Kategori tidak patuh arahan pula mencakupi salah laku seperti tidak memberi perhatian kepada pelajaran, tidak membuat kerja rumah, tidak membawa buku, tidur di dalam kelas dan tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar manakala kategori gangguan pengajaran adalah seperti membuat bising, merosakkan alat bantu mengajar, mengganggu kawan semasa guru mengajar dan mempertikaikan ajaran guru.

 

  Punca-punca keruntuhan akhlak remaja ini ialah iman yang lemah. Agama merupakan ajaran bagi seseorang insan untuk berkelakuan baik. Punca yang paling asas dalam permasalahan keruntuhan akhlak ini adalah kelemahan iman dan kurangnya keyakinan terhadap Allah. Kurangnya kefahaman agama dan gambaran sebenar tentang syiar islam menyumbang kepada masalah social. Sebagai kesannya, remaja tidak mempunyai jati diri dan kurang berhemah tinggi kerana mereka tidak mengamalkan pengajaran agama. Sebagai contoh, remaja kini kurang menghormati orang tua dan selalunya melakukan perbuatan negatif di luar jangkaan. Ibu bapa seharusnya menerapkan nilai-nilai islam dan didikan agama kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa. Sebagai ibu bapa, seharusnya mereka mengambil berat tentang pendidikan anak demi memastikan kehidupan mereka sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT.

 

  Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, d  Tiada masalah yang tiada penyelesaian kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud ‘bagi setiap penyakit ada ubatnya’. Justeru itu, bagi mengatasi masalah gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja islam kita perlulah memberi perhatian kepada beberapa perkara seperti memberi didikan islam yang sebenar. Pendidikan agama merupakan asas paling penting bagi membentuk jati diri muslim yang sebenar. Kefahaman tentang agama yang sebenar dan keyakinan terhadap Allah dapat menanamkan dalam diri sifat takwa kepada Allah dan takwalah membezakan antara setiap muslim.

 

  Pengaruh media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini. Sebagai contoh, internet dapat mewujudkan satu perhubungan antara Negara-negara lain secara tidak langsung seseorang remaja terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar Negara atau Negara asing. Selain itu, penapisan media yang kurang tegas. Contohnya, filem Negara asing yang mempunyai unsur-unsur ganas dan seksual. Jika tiada penapisan yang tegas dilaksanakan, maka masalah sosial seperti vandalisme dan gangsterisme akan berleluasa di Negara kita. Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja, program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata- mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk bercetak, CD, atau lain-lain.

 

  Hubungan kekeluargaan juga merupakan faktor yang dapat dikaitkan dengan keruntuhan akhlak remaja adalah penglibatan remaja dalam jenayah. Remaja atau pelajar khususnya yang terlibat dengan jenayah bukan sahaja datang daripada keluarga yang susah, malah sebilangan signifikan adalah mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang baik dan kaya. Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa bersama anak-anak. Mereka lupa anak-anak juga memerlukan perhatian bagi mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari sini, anak-anak rasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin kepada pihak sekolah. 

 

 

KESAN KESAN BURUK AKIBAT HIBURAN YANG BERLEBIHAN

 

Menjengah siaran-siaran di kaca televisyen, begitu banyak rancangan-rancangan hiburan nyanyian atau tarian berbentuk realiti seperti “Akademi Fantasia”,”Mentor Milenia”,”SuperStar”,”Gegar Vaganza” dan sebagainya yang melibatkan kanak-kanak sehingga peringkat yang berumur  Rancangan-rancangan ini secara tidak langsung turut memaparkan percampuran bukan muhrim, pendedahan aurat melalui pakaian yang menjolok mata dan tarian-tarian yang mengghairahkan. Adakah perkara yang dipertontonkan ini dapat membangun jiwa seseorang insan? Pada hakikatnya, sudah tentu anasir-anasir negatif ini tidak membangun jiwa seseorang insan tetapi boleh meruntuhkan akhlak dan jiwa mereka khususnya anak-anak muda. Hal ini kerana rancangan-rancangan ini menjadi faktor kepada anak-anak muda taasub kepada hiburan, lalai dalam mengingati Allah, tidak berminat dengan ilmu agama dan menambah titik hitam di hati apabila melihat artis berpakaian terdedah.

 

Pendedahan yang berterusan dengan program-program hiburan tersebut menjadikan jiwa dan minda mereka sempit dan terbatas dalam lingkungan perkara-perkara berkaitan hiburan semata-mata. Malah, terdapat segelintir anak-anak muda yang mengganggap artis sebagai idola mereka sehingga bahan bacaan mereka terhad kepada mengikuti gosip-gosip artis di blog-blog picisan, ruangan gosip di akhbar dan majalah-majalah hiburan. Perkara ini dilihat tidak membangun jiwa dan minda mereka yang sepatutnya dibangunkan dengan kesedaran rohani dan ilmu-ilmu yang bermanfaat. Jiwa seseorang insan sepatutnya diisi dengan selawat dan zikir-zikir mengingati Allah dan Rasul bukannya dipenuhkan dengan hiburan lagu-lagu yang mengagungkan cinta kepada manusia melebihi cinta kepada Pencipta.

 

Hiburan yang berlebihan ternyata merosakkan jiwa anak-anak muda. Selain rancangan hiburan nyanyian berbentuk realiti, kecondongan anak-anak muda kepada drama-drama cinta yang banyak disajikan di kaca televisyen juga tidak dapat dinafikan hakikatnya. Drama-drama yang popular seperti “Sayangku Kapten Mukhriz”, “Suri Hati Mr.Pilot”, “7 Hari Mencintaiku” ,”Isteri Tuan Ihsan”dan sebagainya mencatatkan angka tontonan yang tinggi. Plot yang berkisarkan mengenai cinta antara lelaki dan perempuan yang sudah tentu diakhiri dengan pengakhiran cerita yang bahagia menyebabkan jiwa dan minda anak-anak muda terarah kepada cinta antara pasangan kekasih.

 

Minda mereka mudah terkhayal untuk mendapatkan pasangan yang sempurna seperti dipaparkan menerusi drama-drama tersebut. Lebih buruk lagi apabila drama-drama tersebut bersiaran pada waktu Maghrib sehingga menyebabkan anak-anak muda melengah-lengahkan solat atau lupa menunaikan kewajipan dan tanggungjawab mereka kepada Allah s.w.t. Jika dinilai dari sudut pembangunan jiwa insan, sudah tentu drama-drama yang ditonjolkan itu tidak membangun jiwa mereka kerana meninggalkan impak yang buruk iaitu melalaikan hati mereka untuk mengingati Allah. 

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA

  Pengaruh di sekolah dapat dibendung dengan disiplin iaitu asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru perlu menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin di kalangan pelajar adalah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasmi adalah tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sama ada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dikenakan ke atas mereka. Malah, murid-murid ini berani mencabar kewibawaan guru yang tidak disukai. Bagi guru yang berasa keselamatan mereka terancam mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh murid-murid bermasalah ini. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menegur sikap guru yang tidak memberi pengajaran menyeluruh kepada murid dan hanya menumpukan perhatian mengajar mata pelajaran yang ditugaskan kepada mereka. Sehubungan itu, sistem pendidikan tidak boleh dipersalahkan. Tetapi, sikap guru yang sekadar menyampaikan maklumat mata pelajaran yang dipertanggung-jawabkan ke atas mereka perlu dibetulkan.

 

    Aspek perundangan di sekolah perlu diberi tumpuan kerana ia dapat mengurangkan penglibatan pelajar dengan kegiatan disiplin ataupun jenayah di sekolah. Dengan wujudnya aspek perundangan seperti ini, ia dapat menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar di samping dapat mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam mengawasi disiplin. Namun, ia perlu dikaji dengan mendalam kerana cara ini mungkin melibatkan kos yang tinggi dalam menambahkan unit kawalan tambahan. Ia juga mewujudkan tentangan daripada ibu bapa memandangkan langkah hukuman itu mungkin terlalu berat dan tidak adil bagi anak mereka. Perkara yang berhubung dengan aspek perundangan adalah penguatkuasaan undang-undang oleh polis. Ini bermakna, bidang kuasa polis boleh diperluaskan merangkumi kegiatan pelajar di sekolah-sekolah yang difikirkan menghadapi masalah disiplin pelajar. Jawatankuasa tindakan disiplin perlu ditubuhkan pada peringkat daerah, kawasan, negeri mahupun negara supaya segala kegiatan pelajar di dalam dan luar sekolah diawasi.

 

    Khidmat nasihat Kaunseling di sekolah memainkan peranan penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Di samping itu, kaunseling juga dapat dilaksanakan sebagai penunjuk arah kerjaya yang patut dituju oleh remaja. Guru kaunselor di sekolah-sekolah juga boleh menganjurkan kaunseling rakan sebaya di kalangan pelajar-pelajar. Ini adalah jalan yang baik bagi membantu hubungan yang sihat di kalangan remaja dan memupuk rasa tanggungjawab antara satu sama lain. Menurut kajian, remaja lebih mudah meluahkan masalah mereka kepada rakan sebaya. Oleh itu, program ini bermanfaat apabila di-rancang dengan teliti dan mengambil orang yang berpengalaman serta mempunyai asas-asas kaunseling remaja bagi menganjurkan dan memantapkan program ini. Lanjutan daripada itu, golongan remaja perlu dibantu dan diberi perhatian kerana masa remaja adalah zaman pergolakan yang serius. Pertumbuhan jasmani yang berlaku semasa baligh banyak mempengaruhi jiwa, perasaan dan fikiran remaja. Ini menyebabkan mereka menghadapi banyak masalah menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah dan membentuk identiti diri.

 

Seterusnya, penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa seperti polis juga dapat memberi bantuan dalam meringankan masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Selain itu, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian juga hendak diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah dan sebagainya bagi mengatasi masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius di kalangan remaja.

 

KESIMPULAN

    Kesimpulanya, hiburan adalah perbuatan, aktiviti dan sebagainya bertujuan untuk menghiburkan, menyenangkan, mententeramkan hati dan diri, itulah pentakrifan secara umum tentang hiburan. Sekiranya kita melihat kepada negara kita Malaysia khursusnya, hiburan telah berkembang luas dan telah mengambil tempat yang cukup luas dalam cabang sosial. Kita juga dapat melihat perkembangan dalam media massa tidak kira media cetak dan media elektronik. Perkara inilah yang mendatangkan kebimbangan dalam kalangan umat islam di Malaysia.Tidak dinafikan terdapat perbincangan yang cukup panjang lebar dikalangan para ilmuan Islam mengenai apakah hiburan itu bolehkan ataupun tidak, bukan tujuan artikel ini untuk membincangkan mahupun membahaskan perbincangan tersebut, tetapi kesimpulan yang dapat dibuat terdapat sebilangan para ilmuan mengambil tindakkan yang berhati-hati dengan tidak mengharuskan apa hiburan berserta berhujah dan dalil yang tersendiri. Pelbagai langkah boleh diambil dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah sosial ini kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Tetapi apa yang lebih penting ialah ibu bapa mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kerana segala pembentukan insan adalah berasal daripada rumahnya. Selain itu, pihak kerajaan dan pihak swasta juga perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja yang semakin kian merungsingkan.

 

LAMPIRAN

 








 


 


 

 



RUJUKAN

 

http://pmkeruntuhanakhlak.blogspot.my/

 

http://mawardahgroup.blogspot.my/

 

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pusat-hiburan-melampau-1.4230

 

http://www.sinarharian.com.my/semasa/isu-k-pop-kerajaan-lemah-pantau-hiburan-luar-1.351144

 Komunikasi dan Penyiaran dalam Islam (Marzuki Sepiaail, Rina Fakhrizan Mohd Sukri, Alias Mat Saad)

https://www.youtube.com/watch?v=nTRCBU0Co64

 



No comments:

Post a Comment

Hiburan Melampau Punca Kejatuhan Akhlak Remaja

DEFINISI HIBURAN    Hiburan adalah peristiwa, persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk memberi nikmat kepada penonton, walau...